Watak dan Perwatakan Ōmaeda_Marechiyo

Marechiyo ialah seorang lelaki berbadan besar dan mempunyai mulut yang lebar. Dia juga nampaknya agak lembab dan suka bermegah. Kemahirannya sebagai shinigami tidak diketahui dan terdapat spekulasi bahawa dia berjaya menduduki jawatan leftenan kerana status keluarganya. Dia juga seorang yang berhati tikus. Dalam babak Bount, selepas Koga Gou menewaskan sebahagian besar pasukannya, dia cuba mencari bantuan dan bukannya berhadapan dengan Bount tersebut. Apabila dia menyerang, dia menghayunkan pedangnya secara melulu ke arah doll Koga, Dalk.

Marechiyo gemar makan keropok beras goreng (油せんべい, abura senbei) di mana-mana. Kaptennya pernah membelasah Marechiyo apabila serdak keropok jatuh ke rambutnya.